Thursday, March 1, 2012

prinsip rekaan

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.

1. Harmoni

Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah


harmoni dari segi garisan


harmoni dari segi bentuk


harmoni dari segi rupa
2. Kontra




Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
kontra dari segi bentuk


kontra dari segi warna


kontra dari segi warna



3. Penegasan

Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
penekanan pada cahaya dan bayang menimbulkan penegasan
penegasan pada objek yang berbeza warna


objek bangunan di tengah menimbulkan penegasan

4. Imbangan

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) 



imbangan simetrib. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan





imbangan tidak simetri
5. Irama dan Pergerakan

Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

arca pergerakan/irama
6. Kepelbagaian

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
kepelbagaian warna


kepelbagaian bentuk dan jenis objek
7. Kesatuan

Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
kesatuan tema

kesatuan tema jenis objek dan warna


kesatuan warna, objek, dan rupa

No comments:

Post a Comment