salam satu malaysia dan selamat menyambut dan menjalani ibadat puasa..... amacam puasa>>?? Ok iDakkk??? moga segala amalan kita mendapat keberkatan daripada yang maha Esa Allah SWT
gemUUkkk??? GemuKKK??? hahahhaha ArgGGGhhhHHHhh!!!!!!!.. anda macam mana puasa seminggu nie?? dah berapa kilooo turunn?? tahniah bagi yang sudah berjaya kuruskan badan... dan yang bagi belum berjaya... disini ada tips mau turunkan berat badan di bulan puasa.... semua nie untuk pedomen kita bersama... dan untuk kita(adenoid) juga... makin hari makin berat aje badan dibuatnya...huhuhu..
credit by blog cik tom ... sama2 kita kuruskan badan yerr!!!!... hahahahaha
Tips Diet Kuruskan Badan Sepanjang Bulan Puasa (Ramadhan);
1.
Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar
metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar
metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat
badan walaupun makan banyak ketika berbuka.
2. Bagi individu yang
mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhatihati dalam soal
permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan
melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.
3.
Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya
sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu
badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari
berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi
lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.
4. Mulakan saat berbuka
dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit
demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara
tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah
berasa meloya.
5. Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam
menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa,
makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.
6.
Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan
pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu,
elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein
yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong
setelah seharian berpuasa.
7. Elakkan makan banyak selepas
menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia
akan merangsang kepada kegemukan.Korang dinasihatkan untuk tidur
sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.
9.
Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air.
Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan
juga berbuka puasa.
10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan
meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan
berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
11. Positifkan diri dengan
membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan
memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.
12.
Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada
perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih
sekali dalam seminggu.